Risiko ketirisan bahan api meningkat, kawalan pintu sempadan dipergiat – Armizan

RISIKO  berlakunya aktiviti penyelewengan, ketirisan dan penyorokan bahan api kini semakin meningkat susulan konflik Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada keruncingan krisis tenaga global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali  berkata, dalam mendepani situasi itui, kerajaan kekal komited bukan sahaja untuk memastikan kestabilan bekalan, malah memperketat kawalan serta memperkukuh pemantauan pengedaran bahan api, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti pintu-pintu sempadan negara.

Melalui Facebook  Armizan berkata, hari ini beliau meninjaun pengoperasian dua stesen minyak di Rantau Panjang, antara lokasi paling hampir dengan pintu masuk sempadan negara jiran, 

‘’Tinjauan saya adalah untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan serta menilai tahap kesiapsiagaan pengusaha dan penguat kuasa dalam menangani sebarang cubaan penyelewengan,’’ katanya.

Beliau berkata, selain pemantauan berterusan, kerajaan telah melaksanakan langkah tegas termasuk larangan pembelian Petrol RON95 kepada warga asing serta sekatan penggunaan kad kredit dan debit asing yang berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

‘’ Pada masa yang sama, pegawai penguat kuasa KPDN turut ditempatkan secara statik di semua stesen minyak berhampiran sempadan di seluruh negara bagi memantau dan mengekang sebarang aktiviti mencurigakan secara lebih berkesan dan berterusan.

Peraturan ini bukan sahaja wajib dipatuhi oleh pengguna kenderaan asing, malah pengusaha stesen minyak juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati bersubahat atau membenarkan pengisian Petrol RON95 kepada kenderaan asing. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi ini,’’ katanya.

Armizan berkata, kerajaan akan terus mempertingkat operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan ketirisan dapat dibendung sepenuhnya. Bermula 16 Mac 2026, OPS Tiris 4.0 (Bersepadu) telah digerakkan melibatkan kerjasama dengan agensi dan badan penguatkuasaan berkaitan. 

‘’Saya menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa agar tindakan segera dapat diambil, sekali gus memastikan ketirisan dapat dibendung daripada terus berpanjangan,’’



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img