Saifuddin tiada maklumat Khairy akan sertai Kabinet

KETUA  Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau tiada maklumat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin akan menyertai Kabinet bagi mengisi kekosongan jawatan menteri.

Katanya, walaupun sering berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu penyusunan Kabinet, perkara itu tidak pernah dibincangkan.

“Saya tidak lagi terbabit dalam memberi pandangan berhubung pembentukan barisan Jemaah Menteri kerana berpendapat Perdana Menteri kini sudah mempunyai pengalaman dan maklumat mencukupi untuk membuat keputusan terbaik.

“Pada November 2022, ketika mula-mula membentuk kerajaan, Perdana Menteri minta saya turut serta memberi pandangan. Tapi sekarang sudah tiga tahun beliau menjadi Perdana Menteri, saya fikir beliau berada pada kedudukan terbaik untuk menyusun barisan Jemaah Menteri,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Khairy dipilih menyertai Jemaah Menteri selepas merasmikan Simposium Kecerdasan Buatan Transformasi Keselamatan 2025 di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Anwar terkejut dengan dakwaan berkaitan Khairy akan kembali ke dalam Kabinet.

Sebelum ini portal media mendakwa, Anwar akan mengumumkan rombakan Kabinet pada awal Disember ini.

Antara yang menjadi tumpuan pelantikan Khairy sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img