Sejumlah 191,832 penagih terima rawatan sepanjang 2025 – AADK

SEBANYAK 191,832 penagih dadah direkodkan dan menerima rawatan di seluruh negara sepanjang tahun lalu, berbanding 192,857 kes dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, data itu menunjukkan sedikit penurunan iaitu kira-kira 0.5 peratus dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu membabitkan pelbagai peringkat usia.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, tiada penyalahgunaan dadah membabitkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah pada tahun lalu berbanding tiga kes direkodkan pada 2024.

“Jumlah penagih menurun kepada 1,213 individu pada tahun lalu berbanding 1,255 individu pada 2024 bagi kategori remaja berusia 13 hingga 18 tahun.

“Bagi belia berusia 19 hingga 39 tahun, tahun lalu merekodkan seramai 112,632 penagih berbanding 116,254 individu pada tahun 2024,” katanya selepas Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) di ibu negara, malam tadi, lapor Harian Metro.

Ruslin berkata, individu berusia 40 hingga 59 tahun mencatatkan seramai 72,590 pada 2025 sekali gus menunjukkan peningkatan jumlah penagih berbanding 70,188 individu pada tahun sebelumnya.

“Kategori warga emas berusia 60 tahun ke atas turut mencatatkan peningkatan pada tahun lalu iaitu 5,397 orang berbanding 5,166 individu pada 2024,” katanya.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, biarpun rekod menunjukkan berlaku sedikit penurunan tahun lalu namun ia sama sekali tidak bermakna perkara itu berada di tahap selesa.

Katanya, ia menunjukkan program pencegahan tetap perlu terus berada di tahap maksimum dan menyeluruh dalam usaha membanteras masalah penagihan dadah di negara ini.

“Kita mahu masyarakat tahu dadah bukan perkara main-main dan ibu bapa perlu tahu bahaya bahan terlarang itu. Semua pihak perlu memainkan peranan kerana isu ini bukan tanggungjawab AADK dan kerajaan semata-mata sebaliknya semua pihak.

“Kita juga ada SKUAD Antidadah, Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang turut membantu dalam program pencegahan dadah di seluruh negara,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img