Sekolah rendah perempuan dibom AS bakal dijadikan muzium peringatan

IRAN merancang untuk menjadikan sekolah rendah perempuan yang dibom pada hari pertama konflik sebagai muzium memperingati hampir 200 mangsa serangan itu.

Agensi Akhbar Jerman (dpa) melaporkan, sekolah tersebut adalah bukti kesediaan rakyat Amerika untuk melakukan jenayah.

“Sekolah tersebut mesti didaftarkan serta didokumenkan untuk diabadikan dalam ingatan sejarah rakyat Iran,” kata kerajaan Iran dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sekurang-kurangnya 168 murid berusia tujuh hingga 12 tahun, 26 guru dan empat ibu bapa maut dalam serangan di bandar Minab di selatan Iran pada 28 Februari lalu.

Pelbagai laporan media menuding jari kepada Amerika Syarikat (AS) sebagai bertanggungjawab terhadap serangan itu. Memetik sumber sulit, New York Times dan CNN melaporkan hasil awal siasatan menunjukkan AS bertanggungjawab.

Butiran lanjut mengenai rancangan berhubung muzium itu belum didedahkan. Sekolah berkenaan akan dibina semula di tempat lain bagi mengenang mangsa.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img