Setakat pukul 12 tengah malam : Jumlah mangsa 29,322 orang, situasi di Kelantan, Perak, Terengganu makin memburuk

SETAKAT pukul 12 tengah malam tadi , jumlah mangsa banjir adalah 29,322 orang manakala  situasi  di Kelantan, Perak dan Terengganu semakin memburuk apabila masing-masing  mencatatkan peningkatan.

Kelantan mencatat jumlah  mangsa banjir paling ramai iaitu 10,964 orang melibatkan 9 daerah iaitu Tumpat (4,435 orang), Kota Bharu (2,453 orang), Bachok (2,047 orang), Machang (815 orang), Tanah Merah (458 orang),Pasir Puteh (167 orang), Kuala Krai (362 orang), Gua Musang (157 orang) dan Pasir Mas (70 orang).

 Di Perak, mangsa banjir terus meningkat kepada 5,184 orang dengan mangsa banjir teramai ialah di Manjung iaitu 2,119, daerah-daerah lain ialah Bagan Datuk (764 orang), Perak Tengah (1,064  orang), Hilir Perak (896),Larut, Matang dan Selama (168 orang), Muallim (96 orang), Kuala Kangsar (74 orang)  dan Batang Padang (3 orang).

Di Selangor terdapat 2,426 mangsa dengan Kuala Selangor tertinggi iaitu 2.145 orang diikuti Sabak Bernam (234 orang), Klang (24 orang) dan Hulu Selangor (23 orang).

Di Terengganu tercatat 3,478 orang mangsa banjir dengan Marang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,800, diikuti  Kuala Terengganu (180 orang), Setiu (1,067 orang) , Besut (216 orang) , Hulu Terengganu (101 orang) dan Dungun (114 orang).

Di Kedah, jumlah mangsa banjir di tiga daerah terus meningkat menjadikan jumlah keseluruhan, 4,280 orang. Kubang Pasu  tertinggi dengan  2,380 orang dikuti Kota Setar (1,710 orang) dan Pokok Sena (185 orang)

Di Perlis, Kangar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,998 daripada keseluruhan 2,939 orang manakala Padang Besar (812 orang) dan Arau (12.

Negeri-negeri lain tidak mencatatkan peningkatan yang signifikan

*Sumber/lnfoBencanaJKM

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img