Situasi banjir terkini di seluruh negara setakat 4 petang:

KELANTAN:
*Mangsa banjir di Kelantan kini meningkat kepada 9,641 orang.

*Sungai Golok dan Sungai Melor melepasi paras waspada.

*TNB hentikan bekalan elektrik di asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Taman Bendahara, Kota Bharu serta Wakaf Aik, Bachok.

PERLIS:
*Jumlah mangsa meningkat 850 orang daripada 254 keluarga.

*Ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Arau, Kangar dan Padang Besar

*Wang Kelian dilanda banjir terburuk dalam tempoh 40 tahun.

*Amaran banjir diramal di Arau dan Kangar susulan hujan lebat berterusan.

 

KEDAH:

*Sejumlah 449 mangsa dipindahkan ke lapan PPS setakat petang ini.

*Kubang Pasu menjadi daerah terbaru di Kedah yang dilanda banjir selepas Kulim.

 

SELANGOR:

*Jumlah mangsa banjir kini sebanyak 336 orang melibatkan 112 keluarga.

*Beberapa laluan di Shah Alam dan Klang ditutup sepenuhnya berikutan kenaikan paras air.

KUALA LUMPUR:
* 104 unit rumah membabitkan dua blok kediaman di Taman United, Seputeh dikosongkan susulan tanah runtuh.

*Tanah runtuh di Country Height, Damansara.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img