Sorok dadah RM2.4 juta dalam bungkusan ikan bilis dan udang kering

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menumpaskan satu sindiket menyeludup masuk dadah jenis kokain bernilai RM2.4 juta ke negara ini yang disorokkan dalam bungkusan ikan bilis dan udang kering melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.

Kejayaan itu hasil penahanan tiga lelaki warga Jepun bersama dadah itu yang disembunyikan dalam enam bagasi pada jam 1.45 pagi sebaik sahaja mereka tiba dari Bangkok, Thailand.

Menurut AKPS, pegawai agensi itu mengesan imej mencurigakan melalui mesin imbasan bagasi.

“Semasa pemeriksaan fizikal ke atas salah satu daripada enam bagasi dan beberapa beg galas, pegawai AKPS menemukan bahan yang dipercayai dadah jenis kokain yang diselindungkan dengan menutupi bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis serta udang kering dibungkus secara vakum bagi mengaburi pengesanan,” kata kenyataan itu hari ini, lapor Sinar Harian.

Kenyataan itu memberitahu, hasil pemeriksaan keseluruhan bagasi turut mengesahkan bahawa kesemua enam bagasi tersebut mengandungi dadah kokain seberat 12 kilogram.

“Kesemua suspek telah ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes ini diserahkan kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan itu lagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img