SPRM serbu rumah Albert Tei

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman ahli perniagaan, Albert Tei di Puchong, Selangor menggunakan waran hari ini

Peguam mewakili Albert, Mahajoth Singh menyifatkan tindakan itu sebagai satu pencerobohan kerana tarikh untuk merekodkan keterangan Albert telah ditetapkan pada Isnin depan.

Beliau turut memaklumkan, pegawai SPRM juga mahu membawa Albert yang merupakan individu utama dalam kes dakwaan rasuah terhadap ahli politik terkenal, ke ibu pejabat mereka di Putrajaya.

“Adakah ini cara seorang pemberi maklumat rasuah dilayan? Mengapa masuk ke rumahnya sedangkan dialah yang memberikan maklumat?

“Ini bercanggah dan tidak boleh diterima. Tindakan penguatkuasaan secara tiba-tiba ini menunjukkan dakwaan Perdana Menteri bahawa kerajaan menegakkan integriti dan proses yang betul sebagai bahan jenaka.

“Institusi yang beroperasi dengan integriti tidak akan menyerang pemberi maklumat atau pengadu, bercanggah dengan jadual mereka sendiri atau bertindak seolah-olah mereka takut terhadap ketelusan,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Mahajoth secara peribadi berpandangan, Malaysia kini dilihat satu-satunya negara di mana individu yang mendedahkan dakwaan rasuah peringkat tinggi diserbu, dibawa pergi dan diugut dengan tindakan undang-undang.

“Penggunaan kuasa negara secara songsang ini bukan sahaja membimbangkan, ia merupakan serangan langsung terhadap pemberi maklumat dan hak orang awam untuk mengetahui sesuatu perkara,” ujarnya.

Albert yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, baru-baru ini mendakwa memberikan RM629,000 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin selepas diyakinkan boleh mendapat kembali wang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img