SPRM tahan reman bekas eksekutif bank minta,terima rasuah RM7,000 dua tahun lalu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang bekas eksekutif bank kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM7,000, dua tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai meminta suapan tersebut sebagai balasan membantu mendapatkan pembiayaan pembelian dron kepada pemohon skim pembelian tersebut.

 Sumber itu berkata suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan pada kira-kira 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan tersebut pada 2024. Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun peribadinya, dengan menerima rasuah antara RM1,000 hingga RM2,300 bagi setiap permohonan,” kata sumber itu.

Perintah reman selama lima hari sehingga 23 Jan ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah, selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret di Alor Setar, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Sekyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img