Sultan Pahang titah 1,830 pegawai, kakitangan masjid seluruh Pahang carum Perkeso

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seramai 1,830 pegawai dan kakitangan masjid di seluruh Pahang mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Langkah itu, titah baginda adalah demi kebaikan, keselesaan dan keterjaminan dalam menguruskan masjid.

“Saya menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian koperasi yang sebelum ini hanya 11 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan 825 orang, namun kini melonjak kepada 16,284 koperasi di seluruh negara dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang.

“Sehubungan itu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga diminta membuat dasar dan panduan pembabitan masjid-masjid dalam aktiviti ekonomi,” titah baginda, lapor Berita Harian.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2025 di Hotel Grand Makmur, Kuantan, Pahang, semalam.

Konvensyen itu menghimpunkan pimpinan koperasi kariah masjid dari seluruh negara bertemakan ‘Koperasi Memperkasa Ekonomi Ummah, Membina Ekonomi Madani’.

Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

 

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img