Suspek kes bunuh, kerat bekas tunang dibawa ke mahkamah untuk didakwa

SEORANG lelaki warga emas yang dipercayai membunuh seorang wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi di Taman Indah Permai, Sepanggar, Sabah pada 12 Februari lalu, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk didakwa pagi ini.

Lelaki berusia lingkungan 70-an itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki van Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.25 pagi dengan kawalan ketat.

Kenderaan berkenaan turut diiringi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren dilihat bergari ketika dibawa masuk ke pekarangan mahkamah.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Tiga lagi individu yang juga anak suspek utama mungkin dijadikan saksi pendakwaan dalam kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi media semalam.

Dalam kejadian pada 12 Februari lalu, wanita berusia 44 tahun dibunuh dan anggota badannya dikerat sebelum dibuang di kawasan pembuangan sampah di taman berkenaan. Suspek dipercayai tunang mangsa, telah ditahan pada hari sama.

Tiga lagi individu iaitu anak suspek utama yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, turut ditahan untuk membantu siasatan.

Setakat ini, dua lagi anggota badan mangsa, iaitu bahagian kaki kiri dan tangan kanan, masih belum ditemukan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img