SUSPEK yang dipercayai menembak rakyat Malaysia yang maut di sebuah rumah di Golok, Thailand petang Sabtu lalu sudah ditahan pihak berkuasa Thailand.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan malam tadi selepas menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok.
Sumber pasukan keselamatan berkata, semakan pihaknya mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia.
“Kita tangkap selepas suspek tampil menyerah diri malam tadi dan mempunyai dua dokumen pengenalan diri,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Media semalam melaporkan mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas maut selepas dipercayai ditembak 18 das tembakan oleh dua individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand pada pukul 6.40 petang.
Mangsa yang juga peniaga beg dan batu permata mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok jam 9 malam.
UNDILAH |



