Suspek tikam pelajar perempuan didakwa di mahkamah esok

SEORANG pelajar akan didakwa atas tuduhan membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Damansara, minggu lalu.

Jabatan Peguam Negara berkata penelitian terhadap kertas siasatan mendapati ada asas mencukupi untuk pertuduhan terhadap pelajar terbabit dalam kejadian itu.

“Jabatan ini memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. Pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 22 Oktober (esok),” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 14 Oktober lalu, Yap Shing Xuen, 16 (GAMBAR) ditemukan maut di dalam tandas di sekolah itu selepas disyaki ditikam berulang kali oleh suspek.

Polis merampas dua senjata tajam yang ditemui dalam milikan suspek, dipercayai digunakan dalam serangan itu. Siasatan mendapati pisau dan kerambit  dibeli secara dalam talian.

 


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img