Tahniah KPM keluarkan guru terlibat aktiviti songsang!

KEMENTERIAN  Pendidikan (KPM) membuktikan ketegasan  dalam soal berkaitan moral dan akhlak apabila membuat keputusan mengeluarkan beberapa pegawainya daripada institusi pendidikan di bawah kementerian itu kerana terlibat dalam aktiviti songsang.

Dalam kenyataan hari ini KPM memberitahu,  kementerian itu tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral tersebut dan telah melancarkan siasatan dalaman.

“Tindakan segera telah diambil dengan memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan bawah kementerian sehingga siasatan selesai. Semua ketua jabatan diingatkan supaya meningkatkan pemantauan dan memastikan aktiviti tidak bermoral dibanteras di setiap peringkat,” kata kenyataan itu.

Tindakan itu dipercayai merujuk penahanan  208 individu, termasuk 17 penjawat awam termasuk, remaja dan warga emas, ditahan di spa di Chow Kit Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Azani Omar berkata premis itu dipercayai beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lalu, dan dipercayai menjadi tempat pertemuan lelaki untuk terlibat dalam hubungan sesama jenis.

Daripada mereka yang ditahan, 171 dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman oleh polis.

Secara berasingan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan masih menyiasat kes itu di bawah Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana liwat, dan Seksyen 47 akta sama kerana cubaan melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img