Tamim Dahri, Zamri Vinoth dan dua lagi individu akan didakwa esok – KPN

EMPAT individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, dijangka didakwa berkaitan kes provokasi agama esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, selepas pihaknya menerima arahan pertuduhan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Selain Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, dua lagi yang akan dituduh esok Tamim Dahri dan P Mahendra Boopathy.

Zamri Vinoth akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, manakala Tamim Dahri di Mahkamah Majistret Langkawi, sementara Mahendra di Mahkamah Majistret Seremban dan Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi di Pulau Pinang.

“Semua individu terbabit akan dituduh di mahkamah yang ditetapkan 9 pagi esok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, siasatan terhadap Zamri Vinoth berhubung kenyataan penganjuran perhimpunan di pekarangan pusat beli-belah SOGO di Kuala Lumpur pada 7 Februari.

“Arahan tuduh adalah di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Tamim Dahri yang juga seorang aktivis pula akan dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam yang merupakan simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.

Tambah beliau, Mahendra pula akan dituduh atas kesalahan membuat hantaran berniat jahat ke arah Masjid Jamek Dato Bandar Haji Ahmad Shah di Rasah di Seremban yang ditohmah sebagai masjid haram.

“Arahan tuduh di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Siasatan terhadap Arun Dorasamy pula berhubung kenyataan mengajak persatuan hindu agama Ani Malaysia mengadakan protes jalanan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Zamri Vinoth,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img