TDM tubuh lembaga siasatan kes anggota tentera dibelasah hingga koma

TENTERA Darat Malaysia (TDM) menubuhkan lembaga siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca dan faktor menyumbang kepada insiden seorang anggota tentera berpangkat koperal memukul beberapa askar sehingga seorang daripada mereka kritikal, Isnin lalu.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak ganas menampar serta menumbuk bahagian muka dan perut mangsa hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerja pembersihan stor senjata yang diarahkan kepada mereka.

Susulan laporan itu, anggota terbabit ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut TDM, pasukan itu memandang serius kes tersebut dan tidak akan berkompromi dengan salah laku atau keganasan dalam organisasi.

“TDM memandang serius insiden ini dan satu lembaga siasatan sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian. Tindakan tegas yang sewajarnya akan diambil terhadap pihak terlibat.

“Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta menghormati privasi mangsa dan keluarga,” kata kenyataan TDM hari ini.

Kejadian Isnin lalu berlaku di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Bentong, Pahang mengakibatkan Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi kini tidak sedarkan diri.

Semalam, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar mengesahkan penahanan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berkaitan kes pukul yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu.

Menurut Zaiham, siasatan awal mendapati suspek memukul, menumbuk dan menendang askar berusia 24 tahun itu di beberapa bahagian badan. Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Terdapat enam lagi mangsa berusia 19 hingga 22 tahun bersama dalam kejadian itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img