Teman wanita terkejut, kekasih maut ‘terjun’ kereta secara tiba-tiba

SEORANG wanita terkejut apabila teman lelakinya secara tiba-tiba bertindak keluar dari kenderaan yang dipandunya dalam kejadian di Jalan Seremban–Nilai, berhampiran Taman Kirby, Batu 9, Labu, Nilai, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 20-an mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa selepas lebih 20 jam bertarung nyawa di hospital.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 20-an pada pukul 11.37 pagi, Selasa.

“Wanita berkenaan memaklumkan bahawa rakannya, seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai terjatuh dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak pada 2 Februari 2026, kira-kira pukul 3 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa mangsa berada di dalam kereta yang dipandu oleh pengadu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, berlaku perbincangan sebelum mangsa dipercayai bertindak keluar dari kenderaan tersebut secara tiba-tiba.

Ujarnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri di lokasi dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta kaki.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa, pukul 12.35 tengah hari, oleh pegawai perubatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img