Tentera Israel semakin ganas rempuh kapal flotilla, lepaskan tembakan meriam air, bertindak kasar kepada aktivisi

Tentera Israel merempuh sebuah kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza, melepaskan tembakan meriam air ke arah konvoi itu dan bertindak kasar terhadap aktivisnya, lapor Anadolu Ajansi.

“Tentera pendudukan Israel menggunakan keganasan terhadap kapal kami, dengan sengaja merempuh satu daripadanya, melepaskan meriam air.

“Kami dikasari secara kejam apabila menahan aktivis keamanan dari 50 negara di seluruh dunia,” kata Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza menerusi hantaran di X.

Setakat pukul 8. 40 pagi waktu Malaysia, sebanyak 12 kapal flotilla telah dipintas hari ini semasa mereka menghampiri pantai Gaza termasuk Alma, Sirius dan Adara.

Bagaimanapun keadaan itu tidak menggugat semangat 30 buah lagi folitillah yang sedang menuju ke Gaza – kira-kira 46 batu nautika  (lebih kurang 85 kilometer) sahaja lagi.

Sementara itu, setelah diancam oleh tentera Israel melalui radio akan ditangkap seorang aktivis GSF menjawa, ” Kami membawa susu bayi dan ubat-ubatan dalam misi kemanusiaan, sementara kalian melakukan kejahatan perang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img