Terperdaya janji untung USD$500,000, pesara pegawai tadbir diplomatik rugi RM525,000

SEORANG  pesara lelaki rugi sebanyak RM525,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Mei lepas, mangsa yang berusia 71 tahun telah melihat iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook.

Beliau berkata mangsa yang berhubung secara dalam talian dengan suspek membuat pelaburan sebanyak RM525,000 setelah dijanjikan pulangan sebanyak USD 500,000.

“Mangsa, yang merupakan bekas pengarah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), telah membuat tujuh transaksi ke akaun suspek dari 20 hingga 27 Ogos lepas menggunakan wang simpanan persaraannya sendiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan… polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan dalam talian dan di media sosial,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img