Terperdaya tawaran kerja sambilan, lelaki rugi hampir RM80,000

HASRAT seorang pekerja kedai aksesori kenderaan untuk menambah pendapatan sampingan  berakhir dengan kekecewaan apabila menjadi mangsa penipuan sindiket kerja sambilan dalam talian tidak wujud yang mengakibatkan kerugian hampir RM80,000.

Mangsa lelaki berusia 26 tahun didakwa menerima tawaran kerja terbabit daripada individu tidak dikenali pada 16 Januari lalu melalui aplikasi WhatsApps.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa diarahkan melakukan beberapa tugasan seperti menaikkan rating penjualan barangan terkemuka di laman web.

Menurut Roslan, pada masa sama mangsa dijanjikan bayaran komisyen yang lumayan sebaik selesai melakukan tugas diberikan kepadanya.

“Suspek memperdayakan mangsa dengan mengarahkannya melakukan 15 transaksi ke dalam tujuh akaun berbeza dengan keseluruhannya berjumlah RM76,423.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima komisyen seperti mana dijanjikan yang menyebabkan wang simpanannya lebur begitu saja,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslan berkata, mangsa mula menyedari ditipu suspek lalu membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut.

“Susulan laporan dibuat mangsa, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan di atas talian yang menjanjikan komisyen lumayan dalam tempoh singkat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img