TH,KKM sedia pasti jemaah haji dapat perkhidmatan kesihatan terbaik – Mohd Na’im

LEMBAGA Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia memastikan setiap jemaah haji Malaysia mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik, dari tanah air hingga ke Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, bbadah haji bukan sekadar rukun Islam kelima, ia juga ujian kemampuan (istito’ah), termasuk kemampuan dari segi kesihatan fizikal dan mental.

‘’Tanpa tubuh yang sihat, ibadah haji yang sempurna sukar untuk dicapai. Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan garis panduan kesihatan untuk semua negara dan Malaysia komited untuk mematuhinya. Tujuannya jelas bagi menjaga keselamatan, kelancaran dan kesempurnaan ibadah para dhuyufurrahman.

‘’TH dan KKM kini memperkukuh sistem pemeriksaan kesihatan wajib agar hanya bakal haji yang benar-benar layak dari segi kesihatan dibenarkan berangkat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi mereka yang belum melepasi tahap kesihatan minimum, TH menyarankan penangguhan giliran haji, bukan sebagai sekatan, tetapi sebagai peluang untuk memperbaiki kesihatan dan bersedia sepenuhnya.

‘’TH juga akan memastikan setiap penginapan jemaah di Makkah dan Madinah dilengkapi klinik kesihatan, farmasi, dan pegawai perubatan bertauliah, manakala kes serius akan dirujuk ke hospital Arab Saudi dengan pemantauan rapi oleh pakar KKM,’’ katanya.

Belia berkata, Kerajaan Arab Saudi, terutamanya Kementerian Kesihatan, juga telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kemudahan hospital sektor awam dan swasta yang moden dgn teknologi terkini, dan penambahan anggota kesihatan bagi operasi haji serta perkhidmatan kesihatan di kawasan-kawasan utama ibadah haji.

‘’Dengan 225 petugas perubatan KKM di Tanah Suci, kita yakin mutu perkhidmatan kesihatan jemaah Malaysia akan terus berada pada tahap terbaik.

‘’Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama TH dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan terus berganding bahu demi menjamin kebajikan, keselamatan dan keselesaan jemaah haji Malaysia,’’ katanya.

Saya yakin  bahawa ibadah haji yang sempurna bermula dengan tubuh badan yang sihat dan hati yang bersedia.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4900″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img