Tiada anggota Malbatt cedera di Lubnan

TIADA anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-13 di selatan Lubnan yang cedera dalam letupan terbaru berhampiran Ibu pejabat pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB0 di situ.

Katanya, Kementerian Pertahanan dan markas pasukan bersama terus memantau keadaan, terutama di sekitar kawasan tugas pasukan Malbatt.

“Keselamatan anggota kami kekal sebagai keutamaan. Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) di Naqoura juga memantau keadaan dan telah mengarahkan semua pasukan pengaman supaya sentiasa berjaga-jaga.

“Langkah keselamatan tambahan telah diambil, termasuk rondaan berjadual dan pengetatan komunikasi antara unit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khaled sebelum ini berkata Malbatt 850-13 diarahkan untuk berundur selepas pos kawalan mereka rosak dalam serangan udara Israel pada 13 Mac.

Beliau berkata Israel Defence Forces (IDF) menyerang kawasan 100m hingga 200m dari pos kawalan pasukan pengaman Malbatt pada kira-kira 2.35 pagi waktu Lubnan, dalam serangan yang dipercayai mensasarkan jambatan di atas Sungai Litani.

Beliau menegaskan tiada anggota yang cedera, dan senjata serta peralatan mereka juga tidak rosak akibat serangan Israel itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img