‘Tiada bukti’ – AG sahkan Namawee akan dibebas dengan jaminan polis

PENYANYI rap kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namawee akan dibebaskan dengan jaminan polis esok, maklum Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

Dia memberitahu Malaysiakini bahawa setakat ini, tiada sebarang petunjuk dalam kertas siasatan polis yang dapat mengaitkan penyanyi rap itu dengan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yu-hsin.

“Arahan-arahan telah diberikan untuk siasatan lanjut dijalankan dalam kes ini. Setakat ini tidak ada bukti-bukti yang boleh menunjukkan bahawa suspek terlibat dalam menyebabkan kematian si mati.

“Namun, jika ada sebarang penemuan baharu hasil dari siasatan lanjut yang akan dijalankan, AGC akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Esok suspek akan dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Namawee merupakan individu utama yang membantu siasatan kerana dia dilaporkan sebagai orang terakhir dilihat bersama pempengaruh itu sebelum wanita berusia 33 tahun itu ditemukan mati di dalam tab mandi bilik hotel di Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Penyanyi rap itu menyerah diri kepada polis pada 5 November lalu dan telah direman sejak itu, dengan tempoh reman dijangka berakhir esok.

Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.

Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img