Tiada rakyat Malaysia terlibat susulan kekacauan di Mexico

KEMENTERIAN Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terjejas akibat kekacauan di beberapa buah negeri di Mexico berikutan operasi keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan negara itu baru-baru ini.

Menurut Wisma Putra, pihaknya sedang memantau rapi gelombang keganasan yang berlaku di beberapa negeri termasuk Jalisco, Colima, Michoacan, Nayarit, Guanajuato, dan Tamaulipas, menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City.

“Kementerian ingin mengesahkan bahawa, setakat laporan terbaharu, tiada rakyat Malaysia yang terkesan akibat kekacauan itu.

“Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang melancong ke Mexico dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan perhimpunan awam dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu turut amat menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendaftarkan keberadaan mereka melalui E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan bantuan tepat pada masanya.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan di talian +52 55 5282 4656 / +52 55 5282 5166, atau melalui e-mel di mwmexico@kln.gov.my / mex.receptionist@kln.gov.my.

Wisma Putra menyatakan ia akan terus memantau perkembangan di sana dengan teliti dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img