Tiga daerah di Perak dilanda banjir, tujuh sungai di Kedah lepasi tahap bahaya malam ini

PERAK dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak pagi tadi membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung, dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga setakat 9 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Perak memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di LMS dibuka pada 7.30 malam, dengan proses pemindahan mangsa dan keluarga masih dijalankan.

Bagi daerah Manjung, PPS Sekolah Sungai Batu, Pantai Remis dibuka pada 8 malam yang menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga, susulan kediaman mereka di Kampung Sungai Batu dan Kampung Nelayan terjejas banjir, lapor Bernama.

PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pengkalan Baru pula dibuka pada 8.30 malam dan proses pemindahan mangsa dari Kampung Padang Serai masih dilaksanakan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan bacaan paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang, Kampar berada pada tahap amaran dengan paras 22.5 meter (m) berbanding tahap normal iaitu 21.41m.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di semua daerah pada malam ini kecuali Kerian, Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datuk.

DI ALOR SETAR, tujuh sungai di negeri ini sudah melepasi tahap bahaya berikutan hujan berterusan hari ini.

Berdasarkan lama Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan semua sungai itu membabitkan daerah Sik, Yan, Baling, Pendang, Bandar Baharu.

Semua sungai berkenaan menunjukkan trend menaik.

Dalam pada itu, setakat ini berdasarkan tinjauan di media sosial mendapati beberapa kawasan di daerah di negeri ini seperti di Kodiang dan Changlun, Kubang Pasu, Kulim, Pendang dan Sik sudah dinaiki air.

Pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah sudah bersiap sedia dan melakukan pemantauan di lokasi yang dinaiki air.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img