Tiga ditahan kes pukul dan ugut gunakan batang paip PVC

POLIS menahan tiga lelaki bersaudara bagi membantu siasatan kes pukul dan ugut teman lelaki kepada seorang ahli keluarga mereka di Kampung Cheras Baru di ibu negara pada Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mereka berusia antara 24 hingga 56 tahun ditahan pada jam 4.30 petang hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku jam 1.40 pagi ketika  mangsa yang berusia 22 tahun menghantar teman wanitanya pulang ke rumah di kampung berkenaan.

Beliau berkata, ketika itu berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan dua abang teman wanitanya itu.

“Seorang daripada suspek bertindak melibas kaki mangsa menggunakan batang paip PVC serta menumbuk mukanya hingga berdarah menyebabkan retak tulang hidung dan dirawat di Hospital Ampang.

“Suspek ketiga yang juga bapa saudara wanita itu bertindak mengugut untuk membunuh mangsa jika pengadu keluar lagi dengan wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Anuar, mangsa kemudian membuat laporan polis pada 4.50 pagi hari yang sama, sebelum kesemua suspek ditahan petang itu dan sewaktu ditahan polis telah merampas sebatang paip PVC yang digunakan bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, seorang daripada abang wanita berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau dan semua lelaki terbabit kini direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img