Tiga individu termasuk wanita ditahan cuba seludup petrol ke Thailand

TAKTIK menyeludup petrol bersubsidi ke negara jiran terbongkar apabila dua lelaki dan seorang wanita warga Thailand ditahan dalam Ops Tiris yang dijalankan di Kompleks ICQS Rantau Panjang, kelmarin.

Melalui operasi yang dijalankan pada pukul 7.30 pagi oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Pasir Mas itu telah berjaya mengesan cubaan menyeludup barang kawalan melibatkan petrol yang dipercayai untuk dijual di Thailand.

KPDN dalam kenyataan melalui Facebook berkata, hasil sekatan, tiga kenderaan jenis Proton Waja dipandu warga Thailand berusia antara 35 hingga 56 tahun ditahan selepas disyaki menyalahgunakan petrol bersubsidi.

‘’Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga kenderaan diisi penuh petrol pada tangki asal bagaimanapun, suspek juga gagal mengemukakan sebarang resit pembelian, lokasi pengambilan serta alasan munasabah bagi pengisian bahan api tersebut. Malah, siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku petrol tersebut dipercayai untuk dijual di Thailand,’’ kata KPDN.

Menurut KPDN, dalam kes pertama, seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan bersama sebuah Proton Waja dan 50 liter petrol dengan nilai rampasan keseluruhan RM5,193.50.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 56 tahun turut ditahan dengan rampasan 60 liter petrol serta kenderaan bernilai keseluruhan RM5,232.20 manakala kes ketiga melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun dengan rampasan 50 liter petrol dan kenderaan, menjadikan jumlah nilai keseluruhan rampasan RM5,193.50.

Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 8(4)(a) akta sama kerana disyaki memiliki barang kawalan dengan niat untuk menyeleweng.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img