Tiga lelaki ditahan kes ugutan ‘Along’

POLIS menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes ugutan melibatkan pemberi pinjam wang tidak berlesen yang dilaporkan oleh seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, laporan itu dibuat semalam, kira-kira jam 9.22 pagi oleh seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang merupakan aktivis Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO).

Menurutnya, pengadu membuat laporan bagi mewakili rakannya yang dipercayai menerima ugutan daripada ejen pinjaman wang tidak berlesen.

“Hasil siasatan awal mendapati laporan tersebut mempunyai kaitan dengan satu kertas siasatan yang telah dibuka sebelum ini.

“Susulan itu, polis telah menahan tiga lelaki tempatan pada 6 Mac lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek lain yang dipercayai turut terlibat sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya.

Sebelum ini, MHO meminta polis menyiasat kandungan telefon bimbit yang didakwa milik ahli sindiket pemberi pinjaman wang haram (Along) selepas pihaknya menjumpai pelbagai maklumat berkaitan operasi kumpulan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img