Dendam punca lelaki ditikam depan rumah, penganggur direman 4 hari

SEORANG penganggur direman selama empat hari bagi membantu kes menikam seorang lelaki di hadapan rumah mangsa di Kampung Sri Damai, di Jalan Gambang, Kuantan, semalam.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dibenarkan mahkamah bermula 1 November hingga 4 November ini.

Menurutnya ketika kejadian, isteri mangsa memaklumkan bahawa seorang pemuda yang dikenali sebagai Jabal memanggil mangsa di kediamannya pada Jumaat lalu, jam 7 malam.

“Mangsa berusia 38 tahun keluar dari rumah dan berjumpa suspek di hadapan pagar rumah. Suspek meminta mangsa mengikutnya dengan alasan ada rakan mereka mahu berjumpa dengan mangsa.

“Mangsa tidak mengikutinya dan dengan tiba-tiba suspek telah mengeluarkan pisau dari belakang seluar dan menikam perut mangsa sekali menggunakan pisau anggaran panjang 5 inci,” katanya lapor Malaysia Gazette.

Akibat insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai pekebun mengalami kecederaan koyak di bahagian tengah perut dengan anggaran koyakan 5×3 cm.

Difahamkam setakat ini mangsa dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan parah atau serius serta masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ashari berkata suspek telah ditangkap oleh anggota Balai Polis Jaya Gading dan punca suspek menikam mangsa adalah disebabkan dendam kerana dikatakan mangsa ada membuat laporan bahawa suspek mengambil air ketum dan dadah kepada pihak polis.

Tambahnya suspek memaklumkan senjata pisau yang digunakan untuk menikam mangsa telah dibuang di Sungai Belat Sri Damai Kuantan.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img