‘’Tudung saya ditarik, Quran saya dirampas’’ – Zizi Kirana cerita pengalaman ditahan tentera Zionis

“Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, ‘what is this?’.

Demikian perkongsian penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, ketika dia ditahan tentera Israel semasa menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.

“Saya jawab, ‘this is Quran, this is my Quran.’ Tapi dia terus rampas. Mereka suruh buka kasut, buka stokin, saya kata tak boleh, haram. Lepas tu mereka paksa saya buka tudung. Saya cakap, “no, it’s haram, I am Muslim.” Tapi mereka tarik juga tudung saya,” katanya.

Beliau berkata, Israel juga bertindak zalim dengan memaksanya membuka tudung dan stokin ketika tiba di Imigresen Israel.

“Apabila nama saya dipanggil untuk masuk ke imigresen, mereka suruh buka stokin dan kasut tapi saya cakap tak nak. Namun dia paksa juga, saya kata haram.

“Dia paksa pula buka tudung, saya cakap saya Muslim, haram untuk saya buka hijab. Saya pegang tudung saya sambil ada orang tarik dari belakang, sampai kawan-kawan satu kapal saya menangis, mereka jerit “Be strong Nur!”.

“Ketika itu saya doa berilah balasan yang paling setimpal dengan kezaliman yang mereka buat dekat seluruh umat Islam di dunia ini,” katanya dalam nada sebak ketika ditemubual oleh AWANI di Istanbul, Turkiye.

Zizi juga berkongsi dia sempat bertentang mata dengan tentera Israel dan melihat sendiri ketakutan mereka.

“Mereka takut sebenarnya, saya boleh nampak sebab saya bertentang mata dengan mereka. Ada satu masa dalam kapal ruang dah sempit tiada tempat duduk. Saya duduk berhadapan dan bertentangan mata dengan mereka.

“Dalam hati cakap, ‘Ya Allah tolong hapuskan mereka dari muka bumi.’ Dia pun sampai cakap kenapa saya pandang.

“Saya hanya respons ‘Apa?’ Sebab itu dia bagi saya paling akhir keluar dari kapal,” katanya.

Zizi dan 22 lagi aktivis Malaysia kini berada di Istanbul selepas dibebaskan Israel pada 4 Oktober lalu dan dibawa menaiki pesawat khas bersama aktivis dari beberapa negara lain.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img