Tujuh Setiausaha Politik angkat sumpah jawatan, simpan rahsia

SERAMAI  tujuh setiausaha politik mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia dalam majlis berlangsung di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis Rabu lalu itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Antara yang dilantik ialah Norashekin Yusof sebagai setiausaha politik kepada menteri perladangan dan komoditi dan Willy Leong @ Rafiqi Helmy (setiausaha politik menteri sumber asli dan kelestarian alam).

Turut mengangkat sumpah Aizuddin Abd Gaffal (setiausaha politik menteri Sumber Manusia), Mohd Hafiz Mohamad (setiausaha politik menteri ekonomi) dan Ahmad Nazib Johari (menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal Sabah dan Sarawak).

Selain itu, Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa dilantik sebagai setiausaha politik kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), manakala Mohammad Afiq Hazwan Samsudin, setiausaha politik menteri belia dan sukan.

Disember lalu, Anwar membuat rombakan Kabinet kedua dalam pentadbirannya yang menyaksikan muka baharu ke barisan Jemaah Menteri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img