Tun Mahathir dimasukkan ke IJN selepas terjatuh di kediamannya

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN),  sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Suffi Yusoff ketika dihubungi Astro Awani hari ini.

“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung keadaan kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat.

Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri yang kini berusia 100 tahun itu pernah dikejarkan ke Institut Jantung Negara akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi. – Awani

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img