UCAPAN negara yang disampaikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini membuktikan negara kuasa besar melakukan banyak pembohongan dan propaganda selepas kelah kepada Iran.
Agensi Berita Tasnim membuat analogi dan analisis berikut:
▪️ Diceritakan tentang seorang penembak yang mendakwa dirinya sangat mahir; lalu orang berkata, cubalah! Dia melepaskan beberapa tembakan tetapi satu pun tidak mengenai sasaran.
Namun dia terlalu angkuh atau tidak tahu malu untuk mengakui kegagalan, lalu segera melukis bulatan di sekitar kesan peluru dan berkata: memang dari awal inilah sasaran saya, dan saya berjaya.
▪️ Kisah ini hampir sama dengan ucapanTrump malam tadi serta “kemas kini penting” yang dijanjikan oleh White House.
Di sebalik pelbagai dakwaan — yang kebanyakannya berulang — perkara paling penting bukanlah kemas kini tentang “keadaan”, tetapi perubahan terhadap “objektif yang diumumkan”, supaya selepas kemungkinan tamatnya perang dalam beberapa hari lagi, Trump mendakwa kemenangan secara praktikal.
▪️ Trump sebelum ini mengumumkan beberapa objektif dalam mencetuskan perang terhadap Iran:
*Menukar sistem politik Iran
*Mewujudkan pemerintahan yang tunduk kepada Amerika
*Menamatkan keupayaan pertahanan Republik Islam Iran
*Menghentikan kemampuan nuklear Iran
Malah, objektif sebenar Amerika dan Israel didakwa lebih jauh, iaitu memecah-belahkan Iran agar tidak lagi mampu menghalang dominasi Amerika di rantau dan dunia.
▪️ Selepas perang bermula, mengeluarkan Selat Hormuz daripada kawalan Iran melalui kekuatan tentera menjadi matlamat utama Amerika bagi mengelakkan kehinaan global.
▪️ Namun, apa yang Trump katakan malam ini:
*Perubahan sistem politik Iran bukanlah objektif perang mereka
*Perubahan sistem politik Iran kononnya sudah berlaku
Amerika tidak bertanggungjawab terhadap Selat Hormuz — sesiapa yang mahu minyak dari situ sama ada perlu membelinya dari Amerika atau membuka laluan itu sendiri.
▪️ Trump juga mendakwa beliau telah berjaya memusnahkan keupayaan nuklear dan pertahanan Iran, serta “menghapuskan sepenuhnya” angkatan laut dan udara Iran.
Namun:
Pertama: Jika keupayaan laut Iran telah dimusnahkan, mengapa Amerika masih mengeluh tentang Selat Hormuz yang belum dibuka? Adakah makhluk dari Marikh yang mengawalnya?
Kedua: Jika keupayaan peluru berpandu Iran telah dimusnahkan, siapakah yang melancarkan serangan peluru berpandu paling berat ke atas Israel malam ini? Adakah dari planet Utarid?
Ketiga: Bukankah Amerika sebelum ini mendakwa telah memusnahkan sepenuhnya program nuklear Iran dalam perang 12 hari? Maka dakwaan kali ini juga jelas satu pembohongan — malah lebih besar.
Keempat: Salah satu perkara paling ketara dalam ucapan Trump ialah pengakuan tidak langsung tentang ketidakmampuan membuka Selat Hormuz, lalu secara praktikal menggugurkan objektif tersebut — satu pengakuan kegagalan besar.
Kelima: Dakwaan bahawa sistem politik Iran telah berubah pula dianggap tidak masuk akal sehingga “membuat orang ketawa”.
Kesimpulan ucapan Trump malam ini:
- Pengakuan jelas kegagalan mencapai objektif utama perang lebih sebulan terhadap Iran
- Usaha mencipta “kejayaan propaganda” dan menyediakan asas untuk mendakwa kemenangan dalam tempoh terdekat
- Pengakuan ketidakmampuan membuka Selat Hormuz sebagai indikator penting perang
- Cubaan menjawab kritikan hebat rakyat Amerika dengan membandingkan dirinya dengan pemimpin perang Amerika terdahulu


