POLIS menahan empat lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat baru-baru ini.
Kesemua suspek ditahan sejak beberapa hari lepas dan telah diambil keterangan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Mohd Yusoff berkata, berdasarkan siasatan awal polis, penglibatan suspek yang ditahan itu berkait dengan arahan daripada individu tertentu.
“Kita tidak menolak kemungkinan mereka diupah sindiket dadah mahupun ahlong,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Mohd Yusoff menerima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya menangani jenayah di negeri ini.
Ugutan itu berupa contengan menggunakan dakwat merah pada dinding lapang sasar di Gunong, Bachok pada 22 Disember lalu.


