UMNO tangguh pemilihan parti, tumpu persiapan hadapi PRN, PRU-16

UMNO menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini bagi memberi tumpuan penuh kepada persiapan jentera menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung hari ini.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini kepada tarikh tidak boleh melebihi enam bulan selepas PRU-16.

“Ini bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan PRN dan PRU-16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut memaklumkan mesyuarat telah memperincikan beberapa ketetapan penting termasuk penetapan tarikh persidangan tahunan di semua peringkat parti bagi 2026.

Menurutnya, Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan akan berlangsung dari 1 April hingga 17 Mei ini, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian diadakan pada 1 Jun hingga 12 Julai akan datang.

Tambah beliau, Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU2026) pula dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 16 Ogos depan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img