Wan Saiful turut dedahkan Lembaga Disiplin asak soalan berkaitan Hamzah

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan turut mendedahkan bagaimana beliau turut diasak bertubi-tubi oleh Lembaga Disiplin Bersatu yang menyasarkan Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin seperti mana didedahkan oleh Ahli Parlimen Machang ,Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Wan Saiful mendakwa  beliau disoal ‘bertubi-tubi’ mengenai Hamzah semasa prosiding Lembaga Disiplin pada 8 Oktober.

‘’Apa rasional soalan-soalan itu kalau Hamzah bukan sasarannya,’’ kata beliau yang dipecat daripada Bersatu.

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal yang digantung keahlian oleh parti tersebut mendakwa tindakan disiplin dikenakan terhadap beberapa pemimpin parti disebabkan kaitan mereka dengan Hamzah.

Wan Saiful seterusnya berkata, ketika prosiding dengan Lembaga Disiplin itu, Pengerusi Datuk Mohd Radzi Manan berulang kali bertanyakan sama ada beliau bertindak atas arahan Hamzah atau sama ada Timbalan Presiden itu ‘master’ di sebalik apa yang dilakukan.

“Jika Hamzah bukan sasaran, kenapa soalan sebegini ditanya bertubi-tubi?” soalnya.

Beliau berkata, dakwaan Wan Fayhsal itu adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang mereka berdua lalui.

Semalam Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz mengecam kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa lembaga disiplin parti menyasarkan Hamzah.

Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘tidak bertanggungjawab’ dan menggugat integriti proses disiplin parti.

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa Hamzah, yang juga ketua pembangkang, merupakan sasaran sebenar di sebalik tindakan tersebut, dan menyifatkan mereka yang lain hanyalah ‘mangsa keadaan’.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img