Wanita dalam klip video bersama Albert Tei beri keterangan kepada SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan wanita yang dilihat dalam klip video perbualan bersama seorang ahli perniagaan Albert Tei bagi membantu siasatan melibatkan tohmahan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Wanita itu tiba di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 2.30 petang ditemani peguamnya, R. Shugan dan setakat 8 malam, proses mengambil keterangannya belum selesai.

Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan telah menghubungi Shamsul Iskandar dan dimaklumkan beliau tidak dapat hadir hari ini kerana berada di Sabah dan akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM petang esok, lapor Bernama.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mahu siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Tei dan Shamsul Iskandar, diselesaikan segera dan telah mengarahkan pegawainya untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh dua minggu.

Selasa lepas, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img