Wanita ditemui mati selepas bunuh anak  

SEORANG  wanita ditemui mati selepas dipercayai membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Perak di Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Kulim, Zulkifli Azizan berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 11.05 malam tadi sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke rumah teres satu tingkat yang didiami keluarga itu.

“Hasil pemeriksaan menemukan mayat wanita berusia 30 tahun dan anak perempuannya berusia empat tahun dalam bilik pertama di atas tilam,” katanya lapor Harian Metro.

Zulkifli berkata seorang lagi anak lelaki mangsa yang berusia tujuh tahun ditemui selamat dengan kesan melecet pada leher dan sakit pada bahagian rahang, dan kini menerima rawatan di Hospital Kulim.

Katanya, kejadian disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak lelaki itu sebelum meminta mangsa membuka pintu rumah yang berkunci dari dalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengalami tekanan emosi selepas kecewa dengan teman lelakinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dan mayat dua beranak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan cubaan membunuh,” katanya.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img