Wanita kerugian lebih RM50,000 diperdaya sindiket tawaran tender tidak wujud

SEORANG eksekutif jualan wanita kerugian RM50,750 selepas ditipu sindiket tawaran tender yang tidak wujud, baru-baru ini.

Mangsa yang berusia 29 tahun sebelum itu dihubungi seorang suspek lelaki yang menyamar sebagai kakitangan kerajaan pada 5 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek menawarkan tender set kerusi dan meja kantin untuk sekolah rendah di daerah Marang.

“Suspek turut memberikan nombor telefon rakannya yang menyamar sebagai pembekal, kononnya untuk membolehkan mangsa mendapatkan barangan pada harga lebih rendah.

“Mangsa yang percaya telah membuat pembayaran sebanyak RM50,750 pada 2.25 pagi semalam ke dalam akaun diarahkan suspek menggunakan wang syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azli, setelah membuat semakan, mangsa mendapati tiada sebarang tender yang ditawarkan seperti didakwa suspek.

“Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pada 5.27 petang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img