Wanita kerugian lebih RM94,000 ditipu sindiket tawaran kerja sambilan palsu

SEORANG kerani wanita yang terpikat dengan tawaran kerja sambilan dalam laman sosial kerugian RM94,569 akibat ditipu sindiket tawaran kerja yang tidak wujud, baru-baru ini.

Mangsa yang berusia 44 tahun sebelum itu menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang menawarkan kerja sambilan untuk menjana pendapatan sampingan pada 13 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa kemudian dimasukkan ke satu kumpulan aplikasi Telegram untuk diberi penerangan mengenai kerja terbabit dan dijanjikan komisen sebanyak 20 peratus daripada modal yang dikeluarkan untuk setiap tugasan.

“Wanita itu yang berasal dari Kampung Gelugor Raja, Kuala Terengganu diminta membuat tugasan membeli barangan kononnya untuk menaikkan rating syarikat.

“Mangsa yang teruja dengan komisen agak tinggi telah membuat pembayaran bagi pembelian barang sebanyak RM94,569 ke tujuh akaun bank berlainan menggunakan wang simpanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azli, mangsa yang bekerja di syarikat swasta menyedari ditipu apabila gagal mendapatkan kembali wang modal dan komisen seperti dijanjikan.

Beliau berkata suspek turut mengarahkan mangsa supaya membuat bayaran tambahan sebanyak RM50,000 bagi mendapat semula wang yang telah dilaburkan.

“Mangsa kemudian telah membuat laporan polis pada 4.49 petang semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img