Wanita maut, tiga lagi cedera termasuk bayi…kereta terbabas dalam longkang

SEORAG wanita maut manakala tiga lagi ahli keluarganya, termasuk bayi berusia enam bulan, cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Taman Bertam Impian di Melaka hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.58 tengah hari sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dikerah ke lokasi kejadian.

“Terdapat empat mangsa… terdiri daripada sepasang suami isteri, anak perempuan mereka yang berusia 25 tahun serta seorang cucu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata insiden itu menyaksikan kereta yang dipandu suami mangsa berusia 69 tahun dipercayai terbabas dari kawasan parkir sebelum masuk ke dalam longkang berkenaan, dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Mohd Hafidzatullah berkata wanita berusia 56 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ahli keluarganya yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Beliau juga berkata kes itu kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img