Wanita tersepit dalam Proton X50 selepas kemalangan

SEORANG wanita tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Padang Setol, Tawar, Baling, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.26 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun tersepit pada bahagian kaki selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, sepasukan enam anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba, Mohamad Afirul Md Nasir bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah SUV Proton X50 yang dipandu wanita berkenaan dan sebuah pacuan empat roda Ford Ranger dipandu lelaki berusia 57 tahun terbabit dalam kemalangan.

“Anggota bomba mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya,” katanya.

Menurutnya, pemandu wanita itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki manakala pemandu lelaki tidak tersepit.

“Operasi menyelamat dilakukan dengan berhati-hati menggunakan peralatan khas bagi mengelakkan kecederaan lebih parah kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kulim manakala lelaki terbabit menuju ke Sungai Petani.

“Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 4.33 pagi,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img