Wanita warga emas tidak serik kumpul sampah barangan kitar semula dalam, luar rumah

WALAUPUN sudah tiga kali berdepan tindakan mahkamah dan enam kali pihak berkuasa tempatan melakukan operasi pembersihan, seorang wanita warga emas tidak serik untuk terus `mengumpul’ sampah sarap daripada barangan kitar semula di dalam dan luar rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di Ipoh, Perak.

JENTOLAK digunakan untuk membersih rumah wanita warga emas yang dipenuhi barangan kitar semula serta sampah. GAMBAR: MBI

Kedegilan wanita berusia 69 tahun itu menyebabkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terpaksa mengadakan operasi pembersihan kali ketujuh dalam tempoh 10 tahun hari ini, berikutan aduan berulang penduduk setempat berkaitan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula serta sampah yang disifatkan sudah tidak terkawal.

Menurut kenyataan MBI, pemilik premis didapati terus menjalankan aktiviti berkenaan dan menyimpan barangan kitar semula di kawasan halaman rumah teres itu walaupun operasi pembersihan sudah dilaksanakan sebelum ini.

“Sejak 2016, enam operasi pembersihan sudah dilaksanakan di premis berkenaan, selain pemilik kediaman juga sudah dikenakan tindakan mahkamah tiga kali membabitkan hukuman denda serta perintah mahkamah.

“Keadaan kediaman itu menyebabkan kacau ganggu persekitaran serta berpotensi menjadi tempat pembiakan dan penyebaran penyakit bawaan vektor seperti nyamuk, lipas dan tikus,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MBI, operasi dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama MBI.

Katanya, lima lori berkapasiti tujuh tan dan sebuah jengkaut digerakkan bagi operasi pembersihan itu dengan kekuatan seramai 27 anggota pembersihan.

“Barangan seperti plastik, kertas, besi dan kayu sudah dipindahkan sepenuhnya. Operasi berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga jam tanpa sebarang insiden tidak diingini,” kata kenyataan itu lagi.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img