Warga emas dtahan selepas seekor anjing mati akibat mercun

SEORANG warga emas ditahan semalam susulan kematian seekor anjing liar berhampiran Batu Gajah, Perak.

Ketua Polis Batu Gajah, ACP Aehawan Mohammad, berkata anjing itu ditemui mati di jalan berhampiran sebuah restoran kira-kira 7.30 malam Rabu lalu selepas penduduk terdengar bunyi letupan.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 64 tahun itu ditahan di sebuah kedai pada 11 malam tadi dan polis akan mendapatkan perintah mahkamah untuk meremannya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semalam, Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan cawangan Ipoh menggesa polis menyiasat kematian seekor anjing yang dilaporkan maut akibat mercun di Pusing.

NGO tempatan, Safepaws berkata, anjing itu sudah dikebumikan, tetapi digali semula untuk siasatan lanjut pihak berkuasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img