Warga emas maut kemalangan dua buah kereta di Kulai

SEORANG wanita warga emas maut manakala tiga individu cedera dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Simpang Felda Taib Andak petang semalam

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian pukul 6.50 petang itu melibatkan kereta Perodua Axia dan Perodua Kenari.

‘’Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia yang dipandu wanita warga tempatan berusia 33 tahun bersama neneknya bergerak dari arah Kulai menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh Perodua Kenari,’’ katanya lapor BuletinTV3.

Beliau berkata, kejadian mengakibatkan penumpang Perodua Axia iaitu warga emas warga berusia 78 tahun mengalami kecederaan di kepala dan disahkan maut di lokasi kemalangan.

Katanya, dalam kejadian berkenaan, pemandu Perodua Axia mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu Perodua Kenari iaitu lelaki warga tempatan berusia 50 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 32 tahun turut mengalami kecederaan ringan. Semua yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian berlaku berhampiran Simpang Felda Taib Andak.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital dengan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img