Warga Nepal liwat kucing dihukum penjara

SEORANG pengawal keselamatan warga Nepal yang sebelum ini dilaporkan meliwat seekor kucing sehingga menerima kecaman masyarakat, dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Arman Shah, 33, dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah atas  pertuduhan berpakaian separuh bogel dan memasuki Malaysia tanpa dokumen sah. Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Mengikut pertuduhan, Arman didakwa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan dengan mengganggu kesantunan iaitu dengan cara berpakaian separuh bogel di hadapan seorang lelaki berusia 33 tahun, di tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31 pada jam 12.30 tengah malam 15 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kes memasuki negara tanpa dokumen sah di lokasi dan masa yang sama, dia yang masih bujang dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dihukum penjara selama satu bulan kerana berpakaian tidak senonoh manakala tiga bulan bagi sabitan Akta Imigresen, lapor Sinar Harian.

Wan Noora Nisa memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman secara berasingan.

Semasa prosiding, dia tidak diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman penjara yang minimum.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Ariz Zainal Alam mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam, tertuduh turut mengaku bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari atas pertuduhan mendera seekor kucing dengan kejam di lokasi dan masa sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 8 Disember depan untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Pendakwaan dalam kes itu, dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img