Yang di-Pertuan Agong berkenan berkunjung ke Ibu pejabat Arabian Oud di Riyadh

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat membuat lawatan ke “Saudi Arabian Military Industries” (SAMI) dan juga ibu pejabat syarikat haruman terkemuka, “Arabian Oud”, di Riyard hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka  di SAMI disambut  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Thamer Al-Muhid, yang turut mempersembahkan taklimat sepanjang lawatan,

SAMI yang ditubuhkan pada tahun 2017 merupakan sebuah syarikat milik Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, bagi membangunkan dan menyokong industri pertahanan di negara itu ke arah memperkukuhkan keupayaan kendiri dalam bidang berkenaan.

Ia memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada usaha penyetempatan 50 peratus perbelanjaan pertahanan Kerajaan Arab Saudi, salah satu sasaran utama Saudi Vision 2030.

Selesai lawatan di SAMI, Seri Paduka berangkat ke Ibu pejabat Arabian Oud, bagi menyaksikan secara dekat proses dan seni dalam penghasilan wangian oud yang berkualiti tinggi.

Keberangkatan Sultan Ibrahim disambut meriah oleh Ketua Pegawai Eksekutif Arabian Oud, Omar Abdulaziz Al-Jasser diiringi nyanyian tradisi Arab Saudi.

Sebagai penghormatan bagi lawatan Yang di-Pertuan Agong ke ibu pejabat syarikat itu, Seri Paduka dipersembahkan dengan satu siri wangian istimewa yang dicipta khas untuk Sultan Ibrahim.

Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim,

Turut hadir, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin,; dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamed Bakri Syed Abdul Rahman,


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img