Zainal Rashid sahkan ditahan bersama Ustaz Muhammad

BEKAS wartawan, Zainal Rashid Ahmad mengesahkan kapal dinaiki mereka iaitu Fair Lady ditahan tentera Israel sekitar pukul 4 pagi waktu  Gaza (pukul 9 pagi waktu Malaysia_.

Zainal Rashid menerusi hantaran ‘voice note’ kepada Sinar Harian sekitar pukul 10 pagi waktu Malaysia berkata, pasukannya yang terakhir tiba di lokasi kumpulan besar flotilla ditahan tentera Zionis disebabkan kapal rosak dalam perjalanan.

Kata beliau, ia beberapa jam selepas tindakan (memintas) dilakukan ke atas kapal Malaysia yang pertama.

“Kami hanya sampai empat jam kemudian, jadi ketika dikesan kami berada jauh kira-kira 20 kilometer daripada kapal-kapal lain yang bergerak serentak. Kami masuk ke kawasan perairan 51 batu nautika dari Israel.

“Di situlah flotilla (Fair Lady) kami dihalang sebuah kapal Israel dan diarahkan berhenti. Kami jelaskan bahawa kami adalah konvoi kemanusiaan. Mungkin kerana kapal kami kecil dan bukan sasaran utama, tiada orang buruan atau aktivis dalam senarai hitam mereka.

“Selepas kira-kira tiga minit kami membuat penjelasan, mereka hanya meminta kami tunggu dan tidak bergerak ke mana-mana. Jadi, lokasi kami jauh daripada kapal lain yang bergerak lebih hampir kerana keadaan enjin kapal mereka bagus,” katanya.

Zainal Rashid atau ZRA menaiki Fair Lady bersama Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kechik dari MyCare Terengganu, disertai dua kru kapal iaitu kapten dan pembantu jurumudi.

Turut bersama ialah penyelaras dari Afrika Selatan dan aktivis gerakan global untuk Gaza dari Mexico, menjadikan kesemuanya enam orang.

Beliau berpendapat, tugasnya sebagai wartawan yang menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia mengenai perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) boleh dianggap satu kejayaan, bertepatan hasrat untuk memecah kepungan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img