Zapin kreasi baharu buat penampilan sulung di TARI’25 ASWARA

BUAT julung kalinya, tarian kreasi baharu berasaskan Zapin atau Jepin daripada  komuniti suku kaum Tidung, Tawau dipertontonkan kepada umum pada Festival Tari Rakyat Antarabangsa (TARi’25), sekali gus memperkenalkan warisan gerak masyarakat Sabah itu ke pentas nasional.

Pensyarah Kanan Uversiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Syarip Zainal Sagkif Shek berkata, tarian berkenaan dihasilkan melalui kajian lapangan termasuk dokumentasi gerak serta pertemuan bersama pakar tarian asal di Tawau.

“Kami membawa tarian ini kerana temanya adalah tarian rakyat dan kebetulan kami baru selesai membuat kajian mengenainya. Ini pertama kali ia dipersembahkan kepada khalayak ramai,” katanya kepada utusanmelayuplus.

Lebih 10 penari terlibat, terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun tiga daripada pelbagai fakulti.

Beliau berkata, walaupun proses penyelidikan dilakukan dalam tempoh yang panjang, latihan intensif hanya bermula sebulan sebelum festival.

“Persembahan tersebut dibawa oleh delegasi UMS hasil penyelidikan selama dua tahun namun, latihan untuk persembahan hanya sekitar sebulan,” katanya.

Dr.Syarip Zainal berkata,  seramai lebih 10 penari terlibat, terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun tiga daripada pelbagai fakulti termasuk kejuruteraan dan sains sosial.

“Walaupun datang dari latar akademik berbeza, komitmen mereka dalam tarian sangat tinggi,” katanya.

Mengulas pula mengenai cabaran persiapan, Dr. Syarip berkata, pasukannya perlu mendapatkan tunjuk ajar serta restu daripada pakar tarian tersebut bagi memastikan keaslian gerak asal dapat dipelihara.

“Kami ke Tawau bertemu pakar tarian dan meminta restu sebelum menetapkan semula gerak asas untuk dijadikan tarian kreasi,” katanya.

Beliau turut menyifatkan penyertaan di TARI’25 sebagai platform penting bagi pendedahan pelajar terhadap kepelbagaian budaya rantau ini.

“Peluang ini sangat berguna kepada pelajar saya kerana mereka dapat melihat dan mempelajari tarian dari negara-negara lain,” katanya.

Dr. Syarip Zainal berharap usaha mengetengahkan tarian kreasi berasaskan warisan masyarakat Sabah itu akan diterima baik oleh masyarakat seni tempatan.

“Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ASWARA kerana menjemput kami untuk mempersembahkan tarian dari negeri di bawah bayu,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img