Nenek empat cucu didenda RM5,000 kes tinggal secara haram

SEORANG wanita warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Yong Peng, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menetap di negara ini secara haram.

Tertuduh, Siti, 53, dijatuhkan hukuman oleh Majistret Arun Noval Dass selepas mengambil kira pengakuan dibuat serta hujahan kedua-dua pihak, lapor Harian Metro.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, nenek kepada empat cucu itu didakwa tinggal dan menetap di negara ini tanpa pas atau permit sah.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Suasa, di sini pada jam 11.30 malam, 21 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63(Akta 155) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.

Hukumannya, penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya serta sebatan maksimum enam kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan tertuduh bagi tujuan pemeriksaan.

Polis kemudian menjalankan pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen (JIM) berpandukan pasport yang ada padanya namun mendapati, tiada rekod pergerakan ditemukan.

Susulan itu, tertuduh ditahan dan dibawa ke IPD Batu Pahat untuk direman serta siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh peguam, Tan Song Yan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img